Monday, January 25, 2016

bulan 1 2016

heya.....opss!!!

assalumualaikum...
lama betul aku tak update blog ni... hehehe
rindu pulak.....

klah....
sesuai dgn tajuk entry kali ni... aku nak cerita sikit perihal bulan pertama 2016 ni....

first of all.....
tahun ni adalah tahun terakhir aku berada di sekolah menengah!!!!!
uwaa.... aku tak tahu nak bagi reaksi apa....
nak takut ke...
nak gelabah ke...
nak happy ke.....
nak......  entahlah
but for me yg penting aku kena berusaha sehabis mungkin untuk menghadapi SPM...
11 A+   wait for me......!!!!

second...
banyak giler homework.....
hmmm.... mungkin tak..... sbb baru awal tahun,kan?
aku ni bukan org yg tahu macam mana nak bagi masa dengan betul...
( Kepada sesiapa yg baca entry ni tolonglah bagi aku tips nak uruskan masa... yg mudah ok.... tak nak yg complicated because i'm someone that simple minded)

last but least.... maybe..
kepada semua calon SPM 2016... goodluck for your examination...
aku doakan korang semua Berjaya dan mendapat apa yang koranjg semua inginkan.... dan sepadan dengan usaha korang....
ingatlah...

USAHA + TAWAKAL = ALLAH ( KEJAYAAN)

** peace no war **

p/s: seperti biasa entry aku tetap 'panjang' dan hasrat aku nak publishkan cerita masih tak kesampaian...


Thursday, October 8, 2015

arghhh....

salam.....

kenapa menjerit?
hmmm.. sbb kitaorang sekarang tgh menjawab PAT. baru habis paper sejarah... hari ni sejarah 1 ngan 2. semalam kitaorang jawab paper PQS dgn sejarah paper 3.
frust tau tak? nak tahu kenapa? sbb jadual kitaorang berubah saat2 akhir...yelah sbb cuti jerebu hari tu.

TAPI...
bukan itu aje yg aku frust...
aku pun frust dgn aktiviti2 yg dibatalkan....
cthnyer..

perkhemahan SBT kat kelantan.... sbb takde peruntukan....
perkhemahan IPA kat terengganu.... sbb KRS x de peruntukan untuk ... entahlah... mungkin sbb jerebu jugak kot...
pertandingan kawad kaki kebangsaan..... kemungkinan besar batal.....

nasib baiklah pertandingan kawad kaki irama dah lepas... kitaorang dpt no.2  alhamdulillah...

lepas ni aku ade paper yg lebih mencabar... doakan aku agar dpt melepasi ujian ni dgn selamat dan membawa keputusan yg cemerlang untuk mak ngan abah aku...
doakan yerr...

k lah. aku bukan boleh tulis panjang2. tak ckup masa.
wassalam...

*peace no war*

Friday, August 21, 2015

meniti hari yg padat

salam...

dah lama aku tak post entry. sejujurnya aku tak tahu nak tulis apa. lagipun sejak akhir akhir ni aku sibuk sikit dengan aktiviti krs. maklumlah dah dekat akhir tahun ni aktiviti koku pun aktif balik.

meh, aku tunjukkan jadual aktiviti krs aku....

minggu depan..
26/8- pertukaran ilmu dekat smk telok mas, melaka.

27-29/8 - perkhemahan sbp/sbt dekat kelantan

31/8- perbarisan hari kemerdekaan dekat dataran pahlawan

5/9- pertandingan kawad kaki berirama dekat putrajaya

27-30/9- perkhemahan ipa dekat terengganu

bulan 10- pertandingan kawad kaki peringkat kebangsaan zon selatan dekat melaka ( tarikh tak pasti lagi)

setakat tu jelah jadual aku buat masa ni... sibuk,kan?
entah badan aku ni dapat bertahan atau tak...
doaknlah kesihatan aku yer...
doakan juga kemenangan negeri melaka dalam pertandingan kawad kaki yang kitaorang sertai.....

lagi satu sebelum aku terlupa...
doakn kejayaan aku dalam ujian akhir tahun pada 12/10 ni....
seminggu selepas balik dari perkhemahan pulak tu...
uhuhuhu.... penatnyer...

huh, jangan mengeluh suhana....
jalani kehidupan kau dengan penuh semangat....
gambate!!!!!

okaylah!
tu je kut yang aku nak post kali ni....
wassalam...
- peace -

p/s: aku postkan jadual aku tu bukan nak menunjuk nunjuk.... tetapi sekadar nak berkongsi...
      manalah tahu terbuka hati nak mendoakn kesejahteraan, kemenamgan dan kesihatan aku, kan?
      tak delah... acah je...
      tapi aku serius tau... aku harapkan doa korang....


Thursday, July 23, 2015

masuk sekolah

assalamualaikum.......
hehehe.... 
minggu pertama masuk sekolah. macam minggu2 biasa bila masuk sekolah, aku mesti kelam kabut. sebabnyer? hehehe.. cuba teka....

tik tok tik tok....
ok setelah sekian lama aku menunggu jawapan tapi masih tak ada yg nak menjawab, aku bagi jelah jawapannya...
jeng jeng jeng jeng...
sebab aku tak siap homework...hahaha... pemalas, kan?
okeylah aku malas nak cerita pasal ni...

benda yg aku nak cerita sekarang ni adalah apa yg telah terjadi terhadap keluarga aku pd raya ke2....
dalam byk2 benda yg bakal terjadi.... peristiwa tulah yg muncul dulu..

mcm ni ceritanyer...
pd petang tu aku baru balik dari sungai putat, batu berendam.....
sampai je rumah, aku capai remote tv dan apa lagi aku akan buat,kan?
tengah syok2 menonton anime.... tiba2 ..... 
BAM!!!!
terkejut aku!
cepat2 aku berlari keluar rumah dan tahu apa aku nampak???
kereta kitaorang sekeluarga berlanggar dgn tembok rumah..
serius kelam kabut waktu tu...
aku tahu cara aku bercerita ni tak nampak macam tu..

yg membuatkan perkara menjadi lebih serius, adik aku kat dlm kereta tu, masuk hospital..
nak tahu apa sebabnyer????
sebabnyer... cermin pandang belakang patah dan terkena dahi dia.... 
sampai kat hospital dia kena jahit dekat bahagian dahi dia tu
berapa huh??  7 atau 17 jahitan kalau tak silap...

korang mesti tertanya tanya mcm mana boleh terjadinya kemalangan tu, kan?
puncanya adalah kerana ayah aku hilang kawalan....
nak tekan brek tapi tertekan minyak.... lagi2 sliper yg ayh aku pakai tu tersangkut... 
hmmm... apa nak buat? benda dah nak jadi.....
yg penting semua selamat walaupun ada yg berjahit dekat dahi dia tu...

oklah.. sebelum aku menutup bicara, aku nak tanya pendapat korang tentang gambar ni....





comel tak???? hehehe...
kalau comel... sila like...: ))))

oklah, jumpa dalam next entry..
*** peace no war ***

idioms

salam....

pagi semalam seperti biasa kitaorang dpt surat khabar dari skolah.... setiap kelas dapat tiga jenis surat khabar..
BH, News Strait Times dan lagi satu Life&Times Travel...

oklah,
sebenarnya aku ada terjumpa satu muka surat dlm surat khabar yg terakhir tu....
kandungannyer adalah idioms drpd luar negara...
idioms yg aku jumpa adalah;

1.into the mouth of the wolf----italian
means:to wish someone luck... but not the best one. it's the vice versa.
# kalau ada org yg ckp mcm tu, jawab mcm ni...."may the wolf die"

2.not my circus,not my monkeys----polish
means: not my problem

3.to feed the donkey sponge cake----portuguese
means:to give really good treatment to somebody who doesn't need it

4.to ride as hare----russian
means:to travel without a ticket

5.to have wide face---japanese
means:to have many friends
#dlm bahasa jepun sebutan dia adalah..."kao ga hiro i"

6.a cat's jump---german
means:a short distance away
#similar to stone's throw away

7.to let a frog out of your mouth---finnish
means:to say the wrong thing
#kalau ada org tu ckp je dekat dia mcm tu...hehehehe..

8.to have midday demon----french
means:to have midlife crisis

9.to give someone pumpkins---spanish
means:to reject somebody
# kalau nak reject org cari labu yer...

10.to have stick in your ear----danish
means:to not listen to someone

hah, itulah idioms yg aku jumpa dlm akhbar tu...
oklah... tu je yg aku nak kongsikan
jumpa dlm entry yg akn dtg...
*** peace no war***

Friday, July 10, 2015

pening!!!!


salam.... 
korang semua mesti pelikkan kenapa title entry kali ni macam ni....
eh, bila aku fikir balik mungkin title aku memang akan macam ni...


okayla!
reason aku tulis cam ni sebab sekolah dah buat aku pening.
Hari tu kata tak boleh balik wajib.....
lepas tu tuptup tahu semalam minggu ni boleh pulak balik....


uwah!!!!
aku ngan anis dah rancang dah nak hias makmal komputer hari sabtu...
lepas tahu boleh balik terus tangguhkan..
mana taknyer... pengawas ict lain semua balik...
takkan kita orang je yg nak buat kerja, kan?
lagipun barang barang untuk hari raya blum beli lagi.....

hmmm....


tadi lepas solat dhuha, ustaz ada bagi tazkirah.
semua bdx kelas aku kata, " sentap wei!"
aku pulak yg terpinga pinga
mana taknyer.. orang bagi tazkirah aku tidur....

lepas aku tanya mirasap... dia kata ustaz tegur pasal program malam semalam..
apa nama dia...... hah! iftar jamae'
semalam jemput ustaz dari luar bagi ceramah
tapi adalah certain batch tu tak tahu tutup mulut... potpet...potpet
ustaz tu pun tegur..
malu wei.... aku tak tahulah dia orang rasa malu ke tak...

kembali ke slps solat dhuha tadi,
lepas ustaz tegur tu, gpk hem pulak yg bagi ucapan..
serius kali ni aku betul2 sedar dari mamai & rasa sentap
aku tak nak lah tulis apa yg ustaz ckp
sbb aku rasa malu wei...


hmmm.... 
banyak sudah aku duk mengata dalam ni...
kurang pahala...


okaylah... sampai sini je kut..
wassalam
peace :)

Monday, June 29, 2015

LUAHAN HATI.....

PENATNYER.......

SALAM......


HAIH.......
ISH! AKU NI MENGELUH PULAK KAN? SEPATUTNYA AKU MENUTURKAN 
ALHAMDULILLAH!!!!
ALHAMDULILLAH....
YA ALLAH, WAKTU MASALAH MUNCUL MEMANG FRUST GILER....KADANG2 LAPTOP MERAGAM, KADANG2 VIDEO CORRUPT,MACAM2 LAGILAH...TAPI BANYAK JUAG PENGALAMAN YANG AKU DAPAT...MELALUI PROJEK NI AKU BELAJAR BANYAK PERKARA YANG AKU TAK TAHU...
KENGKAWAN SEKALIAN,




ALHAMDULILLAH SEBAB AKHIRNYA PROJEK DOKUMENTARI TU DAH HAMPIR NAK SIAP.... TINGGAL NAK POS JER LAGI...

EH, ITU MACAM FRUST PULAK! 

SETELAH PAGI SIANG MALAM MENGHADAP KOMPUTER NAK SIAPKAN PROJEK TU... WALAUPUN YANG BANYAK BUAT KERJA TU REDHA, PEMILIK BLOG aro-nureo.blogspot.com-. DIA SORANG JE YANG BUAT YANG BUAT VIDEO DOKUMENTARI MANAKALA AKU DENGAN NADHIRAH BUAT VIDEO THE MAKING OF...


DOAKANLAH KEJAYAAN KITA ORANG, KITA ORANG TAK YAKIN PUN BOLEH MENANG TAPI INSYA-ALLAH KALAU MENANG KITA ORANG KENA TERANGKAN APA YANG KITA ORANG BUAT DEKAT JURI.... MACAM DEKAT MAHKAMAH PULAK KAN?
KEPADA NISA...(KALAU AWAK BACA ENTRY NI)
KITA PUN RINDUKAN AWAK :")
KITA PUN NAK MINTA MAAF SEBAB KITA TAK MULAKAN CERITA YANG KITA RANCANG SAMA2 DULU SEBAB KITA TAK ADA IDEA.... 
ALAH MACAM AWAK TAK KENAL KITA.( alasan...)
LAGIPUN KALAU PASAL CINTA2 NI.......
FAIL
TU JER LAH YANG BOLEH KITA DESCRIBE
TAPI INSYAALLAH KALAU KITA ADA IDEA KITA TULIS...HEHEHE..
OKEYLAH, 
THAT'S ALL FOR NOW
SEMOGA BERJUMPA DALAM ENTRY  YG AKAN DATANG
PEACE....
x